Kedudukan umat Islam semakin goyang
disebabkan serangan bertalu-talu pihak musuh dan kegagalan umat Islam
mengendalikan urusan peribadi, masyarakat dan negara.
Kedudukan ini jika tidak diperbetulkan akan membawa umat Islam kepada malapetaka besar apabila kejahatan dan keburukan mengatasi kebaikan yang dikehendaki agama.
Kedudukan ini jika tidak diperbetulkan akan membawa umat Islam kepada malapetaka besar apabila kejahatan dan keburukan mengatasi kebaikan yang dikehendaki agama.
Sesungguhnya, masyarakat yang terbaik
sentiasa mementingkan amalan menyeru melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Amalan itu dapat melahirkan satu masyarakat yang sentiasa
mengambil berat soal keselesaan, keselamatan, keharmonian dan kebaikan
bersama.
Konsep ini dipanggil dakwah iaitu
menggalakkan manusia berbuat kebaikan dan mengikut peraturan hidup, menyeru
membuat kebajikan dan melarang daripada membuat perkara yang mendatangkan kesan
buruk.
Dakwah adalah usaha membawa orang lain
kepada Islam, mengikut petunjuk agama dan melaksanakan ketetapan Allah.
Firman Allah SWT bermaksud: "Kamu
(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali Imran, ayat
110)
Terdapat tiga pendekatan melaksanakan
dakwah, iaitu pertamanya melalui tauladan. Orang yang menyeru kepada kebaikan
menunjukkan contoh baik agar diikuti oleh orang lain.
Dakwah secara itu lebih berkesan kerana dapat dilihat dan lahir perasaan orang lain untuk sama-sama melakukan perkara baik itu.
Dakwah secara itu lebih berkesan kerana dapat dilihat dan lahir perasaan orang lain untuk sama-sama melakukan perkara baik itu.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan tidak
ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan
dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh,
sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang
berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fusssilat, ayat 33)
Kaedah kedua ialah dengan cara lisan,
menyatakan apa yang perlu dilakukan dan menjauhkan apa dilarang. Cara itu dapat
menjelaskan banyak perkara lebih mudah.
Cara ketiga pula ialah melalui pengantaraan
tulisan di mana apa-apa yang hendak dijelaskan diterjemahkan dalam bentuk
tulisan dan gambar. Cara ini nampak seperti pasif tetapi lebih meluas dan boleh
dimanfaat secara berterusan.
Hasil tulisan boleh terus dimanfaatkan
biarpun masa telah lama berlalu dan diulang cetak. Hasil penulisan masih boleh
dimanfaatkan biarpun penulisnya telah meninggal dunia.
Sekarang ini, fungsi media dan dan
kemudahan telekomunikasi semakin berkembang yang boleh dimanfaatkan untuk
melaksanakan dakwah tanpa batasan. Kegunaan internet boleh dijadikan saluran
melaksanakan dakwah tanpa sempadan.
Tugas dakwah penting dilakukan setiap orang
memandangkan ia tonggak kejayaan hidup bermasyarakat.
Sesiapa tidak menjalankan tugas dakwah boleh dianggap sebagai mementingkan diri sendiri dan hidup dalam kelompok tertentu saja tanpa memikirkan mengenai masyarakat sekeliling.
Sesiapa tidak menjalankan tugas dakwah boleh dianggap sebagai mementingkan diri sendiri dan hidup dalam kelompok tertentu saja tanpa memikirkan mengenai masyarakat sekeliling.
Tanggungjawab penting ini harus digerakkan
sepanjang masa dengan ikhlas, bersungguh-sungguh kerana ia amanah Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud: “Serulah
(manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih
mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui
orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Nahl, ayat 125)
No comments:
Post a Comment