Terdapat perbezaan
pendapat di kalangan ulama mengenai permainan catur. Ada ulama mengatakan haram
dan setengahnya pula mengatakan harus.
Pendapat mengharuskan
permainan catur termasuklah Dr Yusuf al-Qardawai. Pendapat Dr. Yusuf Al-Qordhawi
dalam kitab Halal dan Haram seperti berikut: “Di antara permainan yang sudah
terkenal ialah catur. Para ahli fiqh berbeza pendapat tentang hukumnya, antara
harus, makruh dan haram.
Mereka yang mengharamkan beralasan dengan beberapa
hadis Nabi SAW. Namun para pengkritik dan penyelidiknya menolak dan
membatalkannya. Mereka menegaskan, bahwa permainan catur hanya mulai tumbuh di
zaman sahabat. Oleh kerana itu setiap hadis yang menerangkan tentang catur di
zaman Nabi adalah hadis-hadis batil (daif).
Para sahabat sendiri berbeza dalam memandang masalah catur ini. Ibnu Umar menganggapnya sama dengan dadu. Sedang Ali memandangnya sama dengan judi. (Mungkin yang dimaksud, iaitu apabila diiringi dengan judi). Sementara ada juga yang berpendapat makruh.
Dan di antara sahabat dan tabiin ada juga yang menganggapnya harus. Di antara mereka itu ialah Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisyam bin Urwah, Said bin Musayyib dan Said bin Jubair.
Sesungguhnya majoriti ulama hari ini berpendapat bermain catur adalah harus. Ini memandangkan catur dilihat dapat membantu melatih kecerdasan minda dan strategi.

No comments:
Post a Comment