Etok atau etak begitu sinonim dengan
masyarakat Kelantan. Etok menjadi kudapan yang menyelerakan. Kebiasannya ia
dimakan kosong atau tanpa dimakan bersama-sama makanan lain.
Namun, ada juga menjadikan etok
sebagai 'lauk' yang dinikmati semasa makan nasi. Etok menjadi penambah selera
kerana rasanya lemak masin manis.
Pada masa dahulu, etok biasanya
dijemur di bawah sinaran matahari setelah digaul dengan rempah. Namun, sekarang
ini kebanyakan pengusaha etok menyalai di atas api. Cara ini lebih mudah dan
dan cepat.
Kalau dahulunya, etak disalai
lebih kepada rasa masim. Sekarang ada pilihan bagi peminat etok apabila ada
yang berperisa manis atau dipanggil etok manis.
Malah ada juga etok berperisa pedas
dan keju. Perisa yang pelbagai ini memberi pilihan kepada penggemar etok untuk menikmatinya
dalam perlbagai rasa.
Penyediaan etok pedas ialah dengan
mencampurkan lada dengan rempah sebelum etok disalai.
No comments:
Post a Comment