Wednesday, 11 July 2018

TANAM RUMPUT NAPIER MEMBERI PULANGAN LUMAYAN

Rakyat di negara kita diperkenalkan dengan pelbagai jenis perniagaan yang dulunya satu perkara yang dianggap pelik dan tidak masuk akal. Tentulah satu perkara tidak lojik apabila lintah yang dianggap musuh petani kini menjadi satu usaha yang mendatangkan keuntungan lumayan. Begitu juga dengan usaha menternak cacing. 

Satu lagi penemuan baru yang bakal memberi keuntungan lumayan kepada mereka yang mengusahakannya iaitu tanaman rumput. Selari dengan aktiviti penternakan di negara kita yang kini berkembang menjadi satu bidang perniagaan, bekalan makanan untuk haiwan ternakan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa.

Satu kajian telah berjaya menemui potensi besar keuntungan kepada mereka yang mengusahakan tanaman rumput yang dikenali rumput napier India. spesis rumput napier India sesuai ditanam di negara kita. Rumput napier India mudah ditanam dan membesar dalam tempoh masa yang singkat berbanding jenis rumput napier lain.

Selain mudah ditanam, kandungan protin yang tinggi antara 16 hingga 20 peratus sesuai untuk dijadikan makanan ternakan khususnya lembu dan kambing.

Jika lembu atau kambing diberi makan rumput napier India, ia tidak lagi memerlukan penyediaan makanan lain untuk tumbesaran haiwan ternakan itu dan ini tentu memudahkan penternak dan menjimatkan. Setiap ekar kawasan tanaman rumput napier India boleh memberi pulangan kira-kira RM1,000 untuk sekali tuai dan ia boleh diulang tuai dalam tempoh kira sebulan sekali.

Penternak yang menanam rumput napier India dapat menyediakan makanan untuk ternakan lebih murah berbanding makanan khusus dalam bentuk pelet atau yang diproses. Langkah itu dapat menjimatkan perbelanjaan dan sekaligus meningkatkan untung. Perbelajaan membeli makanan diproses boleh dijimatkan separuh jika ia digantikan dengan rumput. 

No comments:

Post a Comment