Friday 14 August 2020

Ular pucuk banyak dijumpai di kebun

Sewaktu berkebun, satu perkara biasa berlaku ialah bertemu dengan ular yang berada di atas pokok tanaman dan kawasan sekitarnya. Tentu sekali, bertemu dengan ular bukan satu petanda baik. 
 
Ular dikategorikan sebagai reptiliar berbahaya kerana gigitan ular akan menyalurkan racun berbisa ke dalam salur darah yang boleh menyebabkan maut.

Namun, tidak semua jenis ular mempunyai bisa yang boleh membunuh. Cecair bisa yang dikeluarkan sekadar memberi kesan bengkak atau rasa tidak selesa pada bahagian yang digigit.

Termasuk dalam senarai ular yang tidak berbisa ialah ular pucuk atau juga dikenali ular daun dan ular gadung.

Ular pucuk memiliki bentuk kepala memanjang dan runcing pada bahagian moncongnya. Ular jenis ini memiliki tubuh yang sangat ramping. Ular pucuk dewasa biasanya punya tubuh sepanjang lebih 1 meter.

Ular ini bersifat aktif pada pagi hingga tengah hari dan hidup di pohon. Tubuhnya yang ramping amat membantunya bergerak di batang, dahan, ranting dan daun pokok. Ular pucuk akan berada di atas tanah atau rumput ketika memburu mangsanya.

Warna tubuhnya bervariasi dari hijau muda-gelap hingga coklat, bahkan kadang-kadang berwarna kuning.

Ketika ular ini terancam, ia akan mengembangkan badannya, memperlihatkan lipatan sisik kotak-kotak yang biasa berwarna hitam membuat penampilan yang mengagumkan sekaligus dapat menakutkan penyerangnya.

Tubuh ular pucuk berwarna hijau seakan-akan daun menyebabkan ia sukar dilihat ketika berada di atas pokok, tambah lagi jika berada di celah-celah daun.

Menemui ular pucuk ketika berkebun memang mengejutkan. Tamba lagi jika kita tidak mengetahui bahawa ular pucuk bukan berbahaya. Minda kita biasanya telah tertaman dengan anggapan bahawa semua jenis ular adalah berbahaya.

No comments:

Post a Comment