Sunday 4 October 2020

HILANG JATI DIRI LUPA KEWAJIPAN TEGAK KEDAULATAN

Umat Islam hari ini sudah hilang jati diri. Lupa akan kewajipan yang paling penting iaitu menegakkan kedaulatan Islam dan umatnya melalui konsep demokrasi pilihan raya yang aman di tanah air sendiri.

Mereka hanya leka mencari makan dan minum untuk mengisi perut serta tempat tinggal yang selesa. Lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan sehingga berpolitik atas kepentingan diri sendiri.

Bahkan ramai yang beranggapan berpolitik sudah tidak penting lagi, lalu membiarkan sahaja urusan pemerintahan dengan tidak mengundi dan tidak mendaftar sebagai pengundi.

Mereka membawa diri masing-masing dengan kerjaya semata-mata untuk makan dan tidur.

Ada juga pihak termakan dengan fahaman penjajah yang mengajar semua politik itu kotor, supaya urusan politik diserahkan kepada penjajah.

Kini umat Islam dipaksa menyerah kalah sehingga kehilangan kuasa sehingga kekuasaan itu dirampas oleh penjajah dan pihak asing. Sehubungan itu, umat Islam perlu kembali kepada kebenaran dengan beristiqamah.

No comments:

Post a Comment