Apa hukum mewarna rambut? Bolehkah
mewarna rambut, yakni harus, atau ditegah mewarna rambut, yakni haram? Perkara ini
perlu diberi perhatian agar tidak melakukan perkara ditegah dalam soal mewarna
rambut.
Wanita sanggup melakukan pelbagai
cara untuk kelihatan cantik bagi mengejar kepuasan hidup. Ada di kalangan
mereka yang tidak dilahirkan cantik akan membentuk diri menjadi cantik dengan
pelbagai pengubahan penampilan diri termasuklah tubuh badan, muka dan rambut.
Paling
ketara sekali sekarang ini ialah trend mewarna rambut dengan pelbagai warna
yang mengubah sama sekali penampilan muka sehingga menyebabkan ia merupai
bangsa lain seperti wanita dari Barat.
Pelbagai
warna dari yang sinonim dengan warna asal rambut seperti dark blonde, dark
blonde copper, chocolate brown, golden maroon, brown, mocha dan hazel ke
warna-warna terang seperti merah, hijau, biru dan putih digunakan bagi
mewujudkan penampilan matang dan bergaya.
Jika
sebelum ini, gaya mewarna rambut kebanyakannya dilakukan oleh selebriti seperti
penyanyi, pelakon, model dan pengacara televisyen, trend yang sama kini menjadi
ikutan wanita lain seperti suri rumah, golongan profesional, pekerja biasa,
usahawan dan golongan muda.
Inilah
yang berlaku dalam perubahan penampilan rambut terutama pada masyarakat di
rantau Asia yang rata-rata berambut hitam. Kini kita lihat air muka berwajah
Asia tetapi rambut seperti masyarakat Barat, berwarna perang bagi menampilkan
sesuatu gaya yang berlainan.
Penggunaan
seperti pewarna rambut berkimia dan inai menjadi mekanisme utama dalam mengubah
warna rambut. Menjaga kecantikan memang digalakkan oleh Islam tetapi
pelaksanaannya mestilah berlandaskan hukum syarak.
Mewarna
rambut bagi wanita hanya dibolehkan kepada mereka yang bersuami dan memakai
tudung. Tujuan mewarna pula adalah untuk mencantikkan diri untuk suami dan
mengeratkan tali perkahwinan itu dengan memperindahkan diri hanya untuk
tontonan suami.
Dalam
Islam, ini dibenarkan kerana rambut yang diwarnakan bukan untuk tontonan orang
lain dan ia bukan suatu yang kekal, hanya bertahan selama empat bulan sahaja
atau sehingga tumbuh rambut baharu. Mewarna rambut tidak mengubah ciptaan Allah
kerana ia tidak kekal.
No comments:
Post a Comment