Sultan
Yahya Petra Ibni Sultan Ibrahim, sultan Kelantan dari tahun 1960 – 1979.
Baginda Diputerakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 10 Disember 1917.
Tengku
Yahya Petra menerima pendidikan agama semasa zaman kanak-kanak ketika baginda
dibesarkan oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Ismail.
Tengku
Yahya Petra menerima pendidikan awal di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang
ketika berusia 14 tahun. Selepas empat tahun menuntut di sekolah ini, Sultan
Ismail menghantar baginda menuntut di England pada 1934.
Baginda
berkahwin dengan Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra ketika berusia 22
tahun pada tahun 1939. Pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan empat puteri.
Untuk
membiasakan diri dengan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran, Tengku
Yahya Petra telah dilantik untuk memegang pelbagai jawatan utama dalam kerajaan
negeri.
Baginda
ialah Timbalan Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadak Melayu Kelantan (MAIK)
antara 1941 hingga 1947. Pada 2 April 1944, baginda dilantik sebagai Penolong
Ketua Pegawai Kewangan Negeri dan pada 6 Februari 1945 pula dilantik sebagai
Pegawai Daerah Kota Bharu.
Pada
1945 Tengku Yahya Petra dilantik sebagai Tengku Bendahara. Bermula pada 1 Januari 1948 hingga 31 Disember 1953
baginda dilantik Presiden MAIK.
Tengku
Yahya Petra ditabalkan sebagai Sultan dan Yang diPertuan Negeri Kelantan pada
hari Ahad 10 Julai 1960, dengan gelaran "Sultan Yahya Petra".
Pada
22 Julai 1970, Sultan Yahya Petra dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan
Agong oleh Majlis Raja-raja.Istiadat mengangkat sumpah diadakan pada 21 September
1970.
Kemudian
pada 19 Julai 1975, Majlis Raja-raja memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan
Agong Malaysia. Semasa pemerintahan Baginda sebagai Yang di Pertuan Agong,
anakanda Baginda, Tengku Ismail Petra menjadi Pemangku Sultan.
Sultan
Yahya Petra mangkat ketika masih menjadi Yang di-Pertuan Agong, iaitu pada 29
Mac 1979.
No comments:
Post a Comment