Thursday 16 November 2023

BUKTI MANUSIA YAKIN ADA KUASA MAHA BESAR

 
Allah Maha Mengetahui keperluan setiap ciptaan-Nya dalam aspek rohani dan jasmani. Maka itu, apa-apa yang disyariat adalah bertepatan dengan keperluan tabie kejadian manusia. Mereka yang menolak syariat sebenar menolak apa yang diperlukan oleh rohani dan jasmani mereka sendiri.

Sifat tabie manusia memerlukan Tuhan. Semua manusia sedar bahawa dirinya dan seluruh alam ini ada penciptanya. Kepercayaan itu secara langsung mengakui bahawa pencipta itu maha berkuasa dan berhak menentukan apa yang diingini berlaku ke atas ciptaan-Nya.  

Maka sebab itu, tabie manusia perlu menentukan Tuhan yang diyakininya. Syariat Islam menentapkan hanya Allah yang layak disembah dan diyakini kekuasan-Nya. 

Keyakinan bahawa ada kuasa Maha Besar dan Maha Bijaksana mentadbir alam ini turut melibatkan penganut agama lain. Namun, mereka telah memilih jalah salah dalam menentukan siapa perlu disembah. Sedangkan Allah menerima agama lain selain Islam. 

Bukti lain menjelaskan manusia memerlukan Tuhan dapat kita perhatikan apabila setiap kali berdepan dengan malapetaka, kesusahan atau kesakitan, ketika itu manusia akan menyebut dan merayu kepada Allah.

Ini jelas membuktikan bahawa manusia sedar bahawa apa yang berlaku terhadap dirinya dan alam ini adalah di bawah kekuasaan Allah. Maka itu mereka memohon agar Allah melindungi dan menjauhkan mereka daripada kesulitan yang dihadapi itu.

Malah, di kalangan penganut agama lain, mereka ada memakai tangkal atau sesuatu yang menjadi lambang kekuatan kepada diri mereka. 

Di kalangan penganut agama Kristian umpamanya akan memakai lambang salib sebagai cara untuk mendekati diri dengan Tuhannya. Mereka mengharapkan lambang itu dapat mengelak mereka dari gangguan syaitan, hantu dan menjauhkan malapetaka.

Sesungguhnya manusia sedar kelemahan diri dan merasakan betapa perlunya kepada pertolongan Tuhan. Manusia memerlukan panduan hidup dan petunjuk agar tidak tersesat dalam meneruskan hidup.

Gambar hiasan - Raplika di Gelanggang Seni, Kota Bharu. 

No comments:

Post a Comment