Durian D206 juga dikenali dengan nama durian
tok merah merupakan salah satu durian kampung terbaik dari Segamat. Ia juga
dikenali juga dengan nama kasap merah yang menunjukkan ia berasal dari mukim
Buloh Kasap, Segamat.
Pokok asal durian ini berasal daripada pokok durian
kepunyaan Tok Merah di Kg. Padang Kiambang, Kg. Spang Loi, Buloh Kasap Segamat.
Buah atau isi durian ini tidak berwarna
merah seperti namanya tetapi isinya berwarna kuning cair, berbiji kesep,
rasanya pahit manis serta bergas, berisi tebal serta cair dan sungguh
menyelerakan.
Durian tok merah ini banyak ditanam di
kawasan Buloh Kasap dan sekitarnya. Jika berkunjung ke Buloh Kasap semasa musim
durian tidak lengkap sekiranya tidak merasai durian tok merah atau kasap merah
ini.
Durian D206 didaftarkan di Jabatan
Pertanian pada 2019 oleh Sharuddin bin Hussein.
No comments:
Post a Comment