Di Malaysia, kalau disebut "komuter", maka
tergambar KTM Komuter. Ironinya, komuter tidak hanya merujuk kepada KTM
Komuter. Sebenarnya, komuter adalah merujuk kepada perkhidmatan kereta api
tempatan yang biasanya menyediakan perkhidmatan antara kawasan berpenduduk
padat atau penumpang yang banyak di sesuatu kawasan.
Penyediaan khidmat kereta api komuter ini telah menjadi
popular kini. Ia umpama perkhidmatan bas di dalam bandar. Ada penumpang menaiki
komuter hanya untuk perjalanan antara stesen yang hanya beberapa kilometer
sahaja.
Justeru, keadaan dalam komuter lebih mengutamakan dapat
mengisi sebanyak penumpang, termasuk berdiri. Penumpang tidak diberikan nombor
tempat duduk. Penumpang bebas berada di mana-mana tempat duduk dan gerabak.
Namun, terdapat perkhidmatan komuter yang mengkhususkan gerabak untuk wanita,
bermakna lelaki tidak dibenarkan memasuki dan duduk atau berdiri di gerabak
tersebut.
No comments:
Post a Comment