Thursday, 16 April 2026

INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA 2026

 
Robert Kuok, 102, kekal di kedudukan teratas dalam senarai 50 orang terkaya di Malaysia pada 2026 apabila memiliki kekayaannya US$13.6 bilion, menurut Forbes aSIA, diikuti Koon Poh Keong bersama adik-beradiknya dari Press Metal Aluminium Holdings, yang menyaksikan nilai bersih kekayaan US$9.7 bilion.

Sementara itu, adik-beradik Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng dari Kumpulan IOI naik menduduki tempat ketiga dengan kekayaan bersih US$8.5 bilion.

Menurut Forbes Asia, terdapat dua nama baharu dalam senarai tahun ini, iaitu Lee Kar Whatt, pengasas bersama dan pengarah urusan Eco-Shop Marketing, yang membuat penampilan sulung di tangga ke-18 dengan kekayaan bersih US$1.5 bilion.

Keluarga Tiong, yang berada di kedudukan ke-42 dengan kekayaan US$655 juta, terdiri daripada waris mendiang Tiong Hiew King, yang mempunyai kepentingan dalam sektor minyak sawit, hartanah dan media.

10 individu terkaya di Malaysia adalah seperti berikut:

1. Robert Kuok; US$13.6 bilion

2. Koon Poh Keong dan adik-beradik; US$9.7 bilion

3. Lee Yeow Chor dan Yeow Seng; US$8.5 bilion

4. Adik-beradik Teh; US$7.7 bilion

5. Quek Leng Chan; US$7.5 bilion

6. Lee Thiam Wah; US$6.7 bilion

7. Keluarga Krishnan; US$6.5 bilion

8. Jeffrey Cheah; US$5.3 bilion

9. Francis Yeoh dan adik-beradik; US$4.1 bilion

10. Syed Mokhtar Albukhary; US$3.5 bilion

Gambar - Robert Kuok

No comments:

Post a Comment