Durian Kulit Buaya merupakan varieti durian kampung premium
(DKP) yang sangat unik dan jarang ditemui. Berasal dari Kampung Damak, Pahang,
ia mendapat nama tersebut kerana tekstur kulitnya yang kasar, bersisik, dan
menyerupai kulit buaya.
Durian kulit buaya amat terkenal dengan keistimewaan isi
yang tebal, berwarna kuning keemasan dan memiliki tekstur yang sangat lembut
dan berkrim.
Rasanya sangat manis dan berlemak, dan terdapat peminat yang
mendapati ia mempunyai sedikit aroma seakan vanila.
Kredit pemilik gambar



No comments:
Post a Comment