Tiada ertinya dapat makan jenis makanan mahal, sedangan kita tidak bersyukur. Tentu ada yang masih tidak sempurna pada nikmat itu sehingga menyebabkan tidak bersyukur.
Sebab itu, hargailah nikmat
makan. Jangan ego dan angkuh dapat makan makanan yang mahal dan terkenal.
Setiap makanan yang disuap ke dalam
mulut membawa erti nikmat dan lazat yang berbeza pada setiap orang.
Orang kaya yang makanan yang bernilai berpuluh kali ganda lebih mahal berbanding hidangan orang miskin, belum tentu berasa nikmat melebihi apa yang dirasai oleh orang miskin.
Orang kaya yang makanan yang bernilai berpuluh kali ganda lebih mahal berbanding hidangan orang miskin, belum tentu berasa nikmat melebihi apa yang dirasai oleh orang miskin.
Lihatlah, betapa berselera
dan nikmatnya orang miskin menjamu selera biarpun dengan hidangan paling
ringkas dan bernilai murah dan makan bersila di ruang dapur yang usang. Mereka
makan dengan nikmatnya dan tidak ada sisa ditinggalkan. Semuanya dianggap
rezeki yang perlu disyukuri biarpun sekadar pucuk ulam yang dipetik di dalam
semak berhampiran rumah.
Dan, perhatikan pula
golongan kaya yang makan di meja penuh hidangan pelbagai jenis dan berharga
mahal. Mereka hanya makan sedikit. Kononnya tiada selera kerana terlalu
memikirkan soal tugas harian. Atau tidak sempat hendak makan kerana perlu
berkejar ke sana ke mari untuk mencari rezeki.
Makanan yang tidak habis
dimakan dibuang begitu sahaja. Itu semua perbuatan membazir. Namun, bagi orang
kaya itu tidak membazir. Apalah sangat belanja yang perlu dikeluarkan untuk
menyediakan makanan itu. Apapun erti membazir bagi orang kaya, perbuatan
membuang makanan adalah satu pembaziran. Sesungguhnya membazir itu amalan
syaitan.
Maka itu, amalkan sikap
bersyukur. Makanlah apa sahaja yang dimakan dengan rasa bersyukur kerana dengan
itu kita akan merasai nikmat setiap makanan yang dimakan.
Bersyukur kita masih ada makanan untuk dimakan, berbanding orang lain yang terpaksa menahan lapar dan dahaga biarpun bukan pada bulan Ramadan.
Bersyukur kita masih ada makanan untuk dimakan, berbanding orang lain yang terpaksa menahan lapar dan dahaga biarpun bukan pada bulan Ramadan.
No comments:
Post a Comment