Tuesday, 29 May 2018

MENGAPA KERBAU BERKUBANG DALAM LUMPUR

Mengapa kerbau berguling atau berkubang di dalam lumpur? Pertanyaan ini sering terdetik di hati memandangkan perbuatan itu tidak dilakukan lembu yang dianggap satu ‘keluarga’ dengan kerbau. Kerbau berendam dalam lumpur atau air kerana ingin menyejukkan badan. Sebab itu, kerbau berkubang semasa tengah hari yang panas. Tidak pula kerbau berkubang dalam lumpur semasa hari hujan.

Tahukah anda, kerbau akan membuat sendiri kubang untuk berkubang jika di kawasan itu tidak ada kubang atau lumpur. Kerbau akan mencari lopak air dan mula berguling di tempat itu.

Pada masa sama kerbau akan menyondol dengan tanduk dan kepalanya untuk membina lubang yang lebih luas. Masa hari hujan, air akan bertakung dan memudahkan lagi kerbau berkubang dan terus meluas serta mendalamkan kubang yang dibuat itu.

Kubang yang dibuat kerbau itu digunakan secara berterusan seperti sebuah ‘rumah’ untuk ‘berteduh’ semasa panas. Sebab itu ada kubang di tengah-tengah padang atau bendang.

No comments:

Post a Comment