Saturday 30 January 2021

KHASIAT DURIAN BELANDA AMAT ISTIMEWA

 
Durian belanda kini jadi rebutan. Disebabkan ramai ingin mendapatkan durian belanda, bekalan tidak mampu memenuhi permintaan. Harga durian belanda meningkat tinggi berbanding sebelum ini yang kurang mendapat permintaan. 
 
Fenomina ini disebabkan khasiat durian selat yang hebat untuk merawat barah. Manfat dan faedah yang ditemui dalam durian selat menjadikan buah itu amat berharga untuk tujuan kesihatan. 
 
Sekarang ini, kalau tidak berpeluang makan buah durian belanda, pencari durian belanda akan menggunakan duan. 
 
Daun durian selat boleh dirubus untuk diminum airnya bagi tujuan perubatan. Ada juga yang mengeringkannya dan dibuat teh daun durian belanda. 
 
Durian selat atau atau Soursop, dari keluarga Graviola dikatakan berasal dari benua Amerika Selatan, terutama kawasa Peru dan Argentina. Dengan kata lain, buah itu bukan berasal atau tidak kaitan dengan negara Belanda. 
 
Buah yang turut dikenali dengan nama durian selat di Kelantan dan durian daun di beberapa tempat lain adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib. Itu hasil kajian di negara maju. 
 
Durian selat buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. 
 
Khasiat buah durian selat ini memberikan kesan anti tumor yang sangat kuat dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. 
 
Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress dan menormalkan kembali sistem saraf yang  kurang baik. 
 
Kandungan glukos dan fruktosanya yang tinggi menyumbang sebanyak 81.9 hingga 93.6 peratus rasa manis dan berkrim selain mempunyai kebaikan vitamin C. 
 
Khasiat buah durian belanda boleh diperoleh dengan dimakan segar ataupun dibuat jus. 
 
Buah durian belanda memenuhi keperluan harian manusia yang memerlukan sejumlah 60 miligram (mg) vitamin C untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. 
 
Durian belanda mempunyai banyak khasiat kesihatan. Antaranya ialah: 
 
- Merawat kanser. Ia mampu membunuh sel kanser payudara. Selain itu, durian belanda juga dilaporkan mempunyai kesan penghalang terhadap angiogenesis iaitu satu proses pembentukan saluran darah baharu yang mana ia merupakan titik pertumbuhan kanser tumor. 
 
Buah itu juga dipercayai mempunyai kesan menyekat pembiakan virus, antikeradangan untuk mengurangkan kesan lebam, antiparasit dan antimikrob. 
 
- Merawat osteoporosis. Elemen kandungan sodium yang tinggi 14 mg/100 gram (g), phosphorus, potasium sebanyak 278 mg/100 g yang terdapat dalam buah durian belanda sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat dan merawat penyakit osteoporosis. 
 
Untuk mendapatkan keberkesanan maksimum dari aspek kesihatan, ia bergantung pada kuantiti yang diambil oleh pengguna. 
 
- Atasi kencing tidak lawas. Kandungan ferum atau iron yang ada pada buah durian belanda dapat membersihkan buah pinggang dan membaiki sistem penghadaman. 
 
Di samping itu, ia mengurangkan risiko batu karang yang terbentuk daripada mendapan garam galian pada badan kita. 
 
- Mengurangkan migrain. Masalah migrain berlaku disebabkan terdapatnya kandungan bahan kimia seperti serotonin yang berupaya untuk mengecilkan saluran darah. 
 
Dengan pengambilan buah durian belanda, ia mempunyai kesan angiogenesis. 
 
- Mengatasi anemia. Durian belanda menjadi salah satu pembekal sumber zat besi. 
 
Kekurangan zat besi boleh menghalang pembentukan sel darah merah (hemoglobin) yang berperanan dalam melancarkan perjalanan oksigen dalam darah. 
 
Khasiat lain: 
- Antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan daya tahan dan melambatkan proses penuaan. 
- Meningkatkan tenaga. 
- Merawat kekurangan air dalam badan. 
- Beri ketenangan dan tidur lena. 
- Melegakan kesakitan 
- Merawat ulser mulut. 
- Mengawal tekanan darah dan hipertensi. 
- Mencegah keracunan makanan dihadapi oleh bayi. 
- Merawat buasir. 
- Mengawal jangkitan ringan pada hati. 
- Menghalang jangkitan parasit dalam badan. 
- Merawat demam. 
- Menguatkan sistem imunisasi. 
- Melegakan sakit belakang. 
- Mengawal kandungan gula dalam darah. 
- Mengurangkan masalah hati. 
- Merawat kulit menggelupas. 
- Merawat kaki bengkak. 
- Manfaat antipenuaan. 
- Mengatasi masalah rambut gugur, nipis dan kelemumur.

No comments:

Post a Comment