Thursday 23 December 2021

Apabila maksud 'NADMA' disansikan menjadi jenaka

 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) sebuah agensi yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. 
 
Singkatan atau kependekan APBN sebagai merujuk Agensi Pengurusan Bencana Negara tidak digunakan. Sebaliknya kependekan Nadma lebih popular digunakan. Nadma adalah kependekan bagi National Disaster Management Agency. 
 
Skop dan tanggungjawab Nadma adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara No 20 (Arahan MKN 20).
 
Nadma juga bertanggungjawab mempastikan bahawa perlaksanaan Arahan MKN 20 dipatuhi oleh semua agensi yang berkaitan. 
 
Secara amnya, skop Nadma melibatkan penyelarasan semua aktiviti dan kerjasama sebelum, semasa dan selepas bencana, termasuk aktiviti pencegahan dan mitigasi risiko bencana, aktiviti kesiapsiagaan dan tindak balas bencana, serta aktiviti pemulihan dan pembangunan semula. 
 
Nadma Malaysia bertindak sebagai sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) & Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat. 
 
Seperti biasa, warganet sentiasa kreatif memanipulasi sebarang isu yang berlaku. Contohnya, dalam isu kenyataan fungsi Nadma. Kenyataan dikeluarkan ketika bencana banjir melanda Selangor.
 
Kenyataan dikeluarkan mengatakan Nadma hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri. 
 
Kenyataan itu menegaskan agensi tersebut tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri. 
 
Untuk memainkan isu tersebut, maka dibuat hantaran di media sosial seperti di bawah. Kependekan yang digunakan jauh sama sekali dengan apa yang sepatutnya.  
 

No comments:

Post a Comment