Tuesday 7 December 2021

KHASIAT BUAH KERANJI

  
Buah keranji cukup popular. Ada pantun menggunakan perkataan buah keranji yang sentiasa disebut atau dipantunkan. 
 
Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan engkau makan, suruh mengaji engkau tidak mahu. 
 
Rasa buah ini masam-masam manis dan senang untuk dimakan iaitu dengan hanya memicit kulitnya sahaja sebelum dikemam seperti makan gula-gula. 
 
Keistimewaan buah ini ialah tahan lama sekali gus kurangkan risiko rugi kerana ia tidak busuk. Dalam istilah botaninya, buah keranji dikenali sebagai dialium indium. 
 
Buah keranji mempunyai ukuran diameter kira-kira 2 sentimeter (cm), dibaluti kulit hitam yang rapuh. 
 
Manakala isinya berwarna oren pekat kepada warna merah yang mengeluarkan kombinasi rasa masam manis dan jika diawet boleh bertahan sehingga dua tahun. 
 
Di Indonesia, buah keranji cukup popular sebagai rempah bertujuan untuk menimbulkan rasa masam setiap hidangan. 
 
Manakala di negara-negara Arab pula, mereka percaya buah keranji mampu menurunkan kolesterol dengan mengamalkan memakan tiga biji sehari. Bekalan keranji diimport dari luar negara, khususnya Indonesia.

No comments:

Post a Comment