Siapa
bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu kalau bukan rakyat Malaysia
sendiri. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Sesiapa menjadi warganegara Malaysia,
maka wajib baginya mahir bahasa Melayu dan memartabatkannya dalam segala urusan
kehidupan, terutama dalam urusan rasmi.
Memartabatkan
bahasa kebangsaan bukan bermakna tidak boleh belajar dan menggunakan bahasa
lain, terutama di kalangan kaum lain yang menjadi sebahagian rakyat Malaysia.
Begitu
juga, tidak dihalang untuk sesiapa belajar bahasa Inggeris selaku bahasa
antarabangsa.
Hendak
menguasai bahasa Inggeris memang dipuji. Tetapi, janganlah pula mengabaikan
bahasa kebangsaan. Tidak guna kita mahir bahasa Inggeris, tetapi gagal
menguasai bahasa kebangsaan.
Penguasaan
bahasa kebangsaan perlu diutamakan berbanding mana-mana bahasa di dunia ini
jika anda mengaku sebagai warganegara Malaysia.
Satu
kelebihan kita menguasai banyak bahasa. Namun, pastikan kita mahir bahasa kebangsaan
dahulu. Bahasa menunjukkan bangsa. Berbanggalah dengan bahasa dan bangsa
sendiri.
Bahasa
Melayu sudah mula mendapat tempat di pentas antarabangsa seperti di
universiti-universiti di mana yang mengusahakannya adalah orang asing sendiri.
Malah,
ramai orang asing lepasan universiti tempatan di Malaysia fasih berbahasa
Melayu dan masih fasih walau sudah lama pulang ke negara masing-masing. Mereka
boleh berbangga dan menghargainya.
Jadi,
mengapa ada di kalangan rakyat Malaysia sendiri yang ‘gagap’ dan ‘geli-geleman’
berbahasa kebangsaan?
No comments:
Post a Comment