Isi
perut hanya dua pertiga perut. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada bekas
yang dipenuhi oleh manusia lebih teruk dari perutnya. Cukuplah manusia itu
memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap
nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga
minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hadis riwayat Tirmizi dan Abu
Daud)
Lapar
menyukarkan syaitan mempengaruhi menusia melakukan kejahatan. Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan lalu di dalam tubuh manusia seperti
lalunya darah. Sempitkan laluan syaitan dengan lapar dan dahaga."(Hadis riwayat
Ibnu Abi ad-Dunya).
Kenyang
di dunia memungkinkan seseorang menjadi lapar di akhirat. Nabi SAW bersabda: "Maka
sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang
paling banyak kenyang di dunia."(Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)
Lapar
adalah sunnah Nabi SAW. Abu Hurairah berkata: "Nabi SAW dan ahli
keluarganya tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut dengan roti gandum
sehinggalah baginda meninggal dunia." (Hadis riwayat Muslim).
Perut
yang boroi tidak disukai Nabi SAW. Suatu hari Nabi SAW melihat kepada lelaki yang
boroi perutnya. Maka Nabi SAW menunjukkan ke arah perut lelaki itu dengan jarinya,
seraya bersabda: "Kalaulah makanan-makanan ini (yang menyebabkan perut
boroi) diberikan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik." (Hadis
riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi)
Orang
yang kuat makan tidak ada nilai di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: "Maka
didatangkan pada hari kiamat seorang yang besar, panjang, kuat makan dan kuat
minum tetapi apabila ditimbang amalannya tidak ada sebesar nilai sayap nyamuk
pun di sisi Allah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu
Sulaiman ad-Darani telah menyebut beberapa keburukan akibat kekenyangan. Pertamanya
kehilangan kemanisan bermunajat dan susah hendak mengahafal mutiara ilmu. Kekenyangan
juga akan menyebabkan rasa kurang kasihan pada manusia lain kerana menganggap
orang lain pun semuanya kenyang. Selain itu ia menyebabkan rasa malah beribadat
serta bertambah nafsu syahwat. Orang-orang beriman sentiasa duduk di masjid dan
orang-orang yang kenyang duduk di tempat-tempat kotor dan maksiat.
No comments:
Post a Comment