Pasar Terapung Sri Tanjung, Pulau Renjuna cukup terkenal. Sumbangan pihak swasta atau individu dalam memajukan industri pelancongan di Kelantan semakin terserlah. Banyak destinasi pelancongan kini diuruskan oleh syarikat dan individu.
Nama Sri Tanjung, Pulau
Renjuna, Kepulauan Delta Sungai Kelantan Tumpat semakin mengukir nama dalam
aktiviti pelancongan di kawasan kepulauan.
Sri Tanjung bermula dengan
Restoran Sri Tanjung di satu lokasi di Pulau Renjuna. Kemudian berkembang
menjadi chelet dan kem untuk kursus dan aktiviti berkumpulan di samping
menyediakan kemudahan menyewa peralatan rekreasi seperti basikal dan kayak.
Kini, Sri Tanjung mengorak
langkah memperkenalkan Pasar Terapung Sri Tanjung atau Floating Market Sri
Tanjung. Satu identiti yang patut benar diperkenalkan dan dijadikan satu
keistimewaan sebagai aktiviti ekonomi masyarakat di kepulauan.
Masa operasi pasar
terapung pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula
pukul 08.00 pagi sehingga 05.00 petang. Pada hari Jumaat ada disediakan bot untuk pergi ke masjid bagi yang ingin menunaikan sembahyang Jumaat.
Pengunjung berpeluang
berada di kawasan tersebut dari pagi hingga petang kerana ia dilengkapi dengan
kemudahan untuk bersantai, surau, restoran dan chelet. Kepada yang ingin menginap di situ pun boleh.
Kewujudan pasar terapung
itu memberi peluang kepada penduduk kepulauan menjana ekonomi dengan berniaga
di situ, peluang pekerjaan di chelet dan menambah bilangan penumpang bot bagi
mereka yang mengusahakan bot penambang.
Pengunjung boleh ke sana
dengan menaiki bot di Jeti Kuala Besar dan Jeti Medan Ikan Bakar, Kota Bharu
atau melalui Jeti Kok Majid, Tumpat. Ada bot penambang yang menyediakan
perkhidmatan membawa penumpang yang fungsinya seperti teksi air.
Kawasan kepulauan mempunyai
daya tarikan yang unik. Susana perkampungan yang dihiasi dengan pokok nipah di pinggir
sungai, sehinggalah lambaian pokok kelapa yang tinggi, serta deruan enjin bot
yang sesekali bergema adalah suasana yang tidak terdapat di tempat lain.
No comments:
Post a Comment