Sunday, 26 June 2022

PCAK AGIH SUMBANGAN DI STESEN MINYAK

  
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) membuat agihan beg biru kepada asnaf. Beg yang diisi dengan bahan makanan kering diagihkan tanpa melibatkan acara rasmi. Apa yang penting ia disampaikan kepada asnaf. 
 
Kali ini majlis penyampai dilakukan di stesen minyak. Dengan izin pemilik stesen, majlis diadakan dengan jayanya. Penerima terdiri pekerja di stesen itu sendiri, penghantar makanan dan golongan asnaf berhampiran. Ringkas, mudah dan tiada protokal. Apa yang penting, beg biru diserahkan kepada asnaf. 
 
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639. 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment