Saturday, 2 July 2022

BADANG SEMAKIN JARANG DIKENALI

   
Badang sejenis nyiru besar yang digunakan untuk menjemur bahan-bahan makanan, herba dan lain-lain. Badang juga digunakan untuk menampi padi, beras, kacang dan lain-lain untuk mengasingkan kotoran atau ukuran yang berbeza. 
 
Badang diperbuat daripada belahan buluh yang diraut nipis. Ia dianyam seperti tikar mengkuang dalam bentuk bulat dengan dibuat bahagian tepi keliling ada ‘dinding’ setinggi kira-kira tiga hingga empat sentimeter. 
 
Anyaman buluh itu dibuat rapat untuk mengelak bahan diletakkan tidak cicir. Namun, ada juga anyaman dibuat tidak rapat bagi memberi ‘laluan’ kepada bahan yang diayak. 
 
Satu pepatah, badang jarang yang bermaksud pandai mengajar tetapi tidak pandai membuat. Badang jarang juga bermaksud mulut yang tidak dapat menyimpan rahsia. 
 
Di Kota Bharu terdapat kampung dan mukim dikenali ‘badang’. Jalan Pantai Cahaya Bulan yang menghubungkan Kota Bharu dengan Pantai Cahaya Bulan melalui Kampung Badang. 
 
Terdapat klinik kesihaan dinamakan Klinik Kesihatan Badang. Namun, lokasi Klinik Kesihatan Badang bukan terletak dalam Kampung Badang. Klinik Kesihatan Badang terletak di Kampung Padang Pasir Luas, bersempadan dengan Kampung Badang. 
 
Mercu tanda yang terletak di Kampung Badang ialah Kem Kijang, kem pengakap yang cukup terkenal di Kelantan, bahkan di Malaysia. Kem Kijang pernah menjadi lokasi Jambori Pengakap Asia Pasifik Ke-7 dan Jambori Pengakap Malaysia Ke-5 pada tahun 1982.

No comments:

Post a Comment