Nauru, sebuah negara yang terletak di
kawasan Micronesia dulu pernah menjadi antara negara terkaya di dunia sebab
satu benda. Tahi burung. Macam mana tahi burung buat negara ni jadi kaya?
Sebabnya mudah saja. Zaman dulu, tanah
subur ni susah nak cari. Sebab itulah dulu empayar empayar berperang sebab nak
tanah subur contohnya tanah Mesopotamia, Mesir, lembangan China dan sebagainya.
Kalau kita tak ada tanah yang subur secara semula jadi, kita boleh guna cara
buatan (artificial). Kaedah tersebut ialah dengan masukkan baja.
Baja ni pula ada banyak jenis. Ada baja
yang berkualiti, ada baja yang tak berkualiti. Baja yang berkualiti tu
contohnya macam baja tahi burung di Peru dan juga Nauru yang bernama guano.
Tempat tempat lain pun ada je kawasan yang ada banyak tahi burung, tapi sebab
cuaca hujan, baja tu dah mencair dan zat tu berkurangan. Baja guano seperti
Peru dan Nauru ni terkenal sebab zat dia masih pekat dan kaya dengan fosfat.
Jadi bila orang perasan Nauru ni kaya
dengan baja guano, maka orang pun mula melombong baja ni. Punya la tinggi
permintaan, selepas Nauru mencapai kemerdekaan daripada Perancis pada tahun
1960, Nauru terus jadi antara negara terkaya di dunia.
Guano guano mereka didagangkan di seluruh
dunia sebagai baja paling berkualiti di dunia. GDP per kapita mereka pada tahun
1980 ialah USD 20,805 (USD 5489 nilai asal sebelum dikira inflasi).
Sebagai perbandingan, GDP per kapita
Malaysia pada tahun 2024 ialah sekitar USD 13,000. Kiranya kita yang dulu pun
lagi miskin daripada Nauru tahun 1980, sekarang pun masih lagi miskin
berbanding Nauru tahun 1980.
Tapi, benda yang sama ni juga yang buat
diorang miskin. Selepas teknologi baja sintetik mula tersebar, dan juga deposit
baja guano Nauru mula jadi sedikit, maka industri dagangan guano mereka mula
terjejas. Tak lama selepas tu terus runtuh ekonomi Nauru akibat terlalu
bergantung pada guano sahaja tanpa kembangkan ekonomi yang lain.
Kita panggil ni sebagai 'resource curse',
sumpahan yang jadi bila kita terlalu bergantung pada satu benda. Sebab tu
negara macam Wakanda sebenarnya tak patut maju pun sebab terlalu bergantung
pada vibranium.
Jadi kalau korang tengok kenapa Arab Saudi
tengah dok gila gila nak majukan negara diorang, dia disebabkan benda ni lah.
Arab Saudi taknak kena sumpahan ‘emas hitam’ semata, sama macam sumpahan ‘emas
putih’ Nauru. Kalau tak kembangkan awal awal, nanti boleh jadi bangkrup macam
Nauru jugak.
Oleh: Ammar Akmal
No comments:
Post a Comment