Penduduk di Kelantan tidak makan
kuih. Sebaliknya yang dimakan adalah “tepong”. Antara makanan terkenal di Kelantan ialah
tepong boko, tepong lompat tikam, tepong pelita, tepong bukuh, tepong nikbat,
tepong koci dan macam-macam jenis lagi.
Dalam bahasa baku, tepung adalah barang
yang hancur dan lumat kerana ditumbuk atau dikisar.
Tepung beras di dalam dialek Kelantan dipanggil debu beras. Kalau pergi ke kedai kena sebut hendak beli debu beras sama ada pulut atau jemah.
Pada masa dahulu, untuk penyediaan tepung
perlu melalui proses kisar mengguanakan kisaran batu. Ia melibatkan proses yang
lama bermula dengan bahan itu perlu direndam, kemudian dikisar dan diperah
menjadi bentuk ketul sebelum diuli dan seterusnya dibentuk membuat kuih yang
diingini.
Namun, sekarang ini selari dengan penggunaan
bahasa baku yang lebih meluas, tepong kini telah disebut kuih, terutama di
kalangan generasi muda. Pun begitu, orang tua-tua masih kerap menggunakan
perkataan tepong untuk merujuk kepada kuih.
No comments:
Post a Comment