Bismi Empire Sdn Bhd memegang saham di dalam
Ayam Bismi Sdn Bhd, Bismi Cergas Sdn Bhd, Naka Biolife Sdn Bhd dan Ayam Bismi
Food Sdn Bhd. Bismi Empire bermula dengan perniagaan ayam segar yang
dijalankan oleh Jaffri Ahmad setelah diperkenalkan oleh seorang rakannya yang
turut berminat dalam bidang berkenaan sebagai rakan kongsi pada tahun 1988.
Jaffri memulakan perniagaan dengan membeli
ayam hidup daripada pembekal, kemudiannya disembelih dan dipasarkan. Pada hari
pertama, beliau menyembelih sebanyak 50 ekor ayam namun pada masa yang sama
masih tercari-cari tempat untuk menjualnya.
Walau bagaimanapun, beliau kemudian mengambil inisiatif untuk bergerak dari
satu lokasi ke lokasi dengan sebuah pikap usang sehinggalah berjaya mendapatkan
tapak di Pasar Tani Alor Setar, Kedah. Semuanya atas usaha beliau sendiri
tatkala rakan kongsi sudah menyerah kalah dan meninggalkannya terkontang
kanting.
Mulai saat itu, beliau tekad dan nekad untuk mengembangkan perniagaan daripada
memproses ayam sehingga memasuki segmen penternakan dan pengedarannya secara
besar-besaran. Menjadi tulang belakang beliau, Hajah Mazlina Kamarudin selaku
Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd.
Bismi pernah menjadi penternak kontrak
terbesar untuk Ayamas. Penternak kontrak dijalankan dengan cara pihak terlibat bersetuju
pada satu harga. Harga anak ayam, harga dedak dan harga jualan balik ayam
hidup.
Bismi tandatangan persetujuan dengan
Ayamas. Seterusnya Ayamas akan bekalkan dedak, anak ayam dan bimbingan teknikal
kepada Bismii. Cukup masa dan size, ayam akan ditangkap dan dihantar ke kilang Ayamas.
Ayam disembelih dan diedarkan kepada
restoran KFC, dibuat produk produk Ayamas dan juga ayam panggang Ayamas.
Hasil daripada itu, Bismi berjaya membina
ladang-ladang berskala besar. Bermula tahun 2015, lahirlah jenama Ayam Bismi
yang memasarkan sendiri ayam tanpa perlu bergantung kepada Ayamas seperti
sebelumnya.
Namun, kerana mengenang jasa, juga sebagai
menghargai memori bersama, Bismi terus membekalkan sebanyak 5,000 ekor sehari
kepada Ayamas. Ayam tersebut disembelih di kilang Ayamas di Alma. Ayam tersebut
diedarkan kepada KFC dan untuk membuat produk produk lain.
Bismi kini menjadi peneraju pembekal ayam halal
di Malaysia. Ayam Bismi adalah satu bentuk dakwah dalam mendidik pengguna muslim
tentang kepentingan makan makanan yang halal untuk mendapatkan kasih sayang
Allah.
No comments:
Post a Comment