Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad
Kamal (lahir 25 September 1991 di Kota Bharu, Kelantan adalah pelajar
terbaik Sijil Pelajaan Malaysia (SPM) pada tahun 2008. Beliau mendapat 20 A,
iaitu 19 A1 dan satu A2.
Kejayaan luar biasa itu menjadi beliau amat
dikenali di seluruh negara. Kejayaan itu mendapat liputan meluas di televisyen,
akhbar dan tidak kurang di laman sesawang biarpun pada ketika itu masih belum
meluas seperti sekarang.
Nur Madihah menjadi ikon kepada pelajar
mahupun di kalangan ibu bapa yang ingin anak mereka turut berjaya seperti itu
biarpun tidak sehebat mendapat 20 A semua pelajaran kerana rata-rata pelajar di
sekolah hanya dibenarkan mengambil mata pelajaran paling banyakpun 12 mata
pelajaran.
Peristiwa pada 12 Mac 2009, iaitu hari
keputusan SPM tahun 2008 diumumkan mencatatkan rekod negara bagi pelajar
cemerlang. Tindakan Madihah mengambil 20 mata pelajaran tidak ketahui ramai. Di
kalangan ahli keluarga, hanya ibunya yang dipanggi umi mengetahui tentang perkara
itu. Bapanya sendiri tidak mengetahuinya.
Jadi, pada hari keputusan diumumkan, ibunya
berseloroh, "kak long kalau dapat 20A je telefon ke Umi okay, kalau tak,
tunggu balik petang nanti,"
Seloroh ibunya menjadi kenyataan. Madihah
benar-benar mendapat semua A 20 mata pelajaran yang diambilnya.
Pencapaian itu menyebabkan semua orang
kagum dan menghormatinya. Namun, ia tidak sekali-kali mengubah cara hidup
Madihah. Dia masih sama seperti sebelumnya biarpun dipuji melangit dan mendapat
pengiktirafan besar daripada banyak pihak, termasuk kerajaan Kelantan
menghadiahkan sebuah rumah bernilai RM130 ribu kepadanya.
Madihah seperti sudah menjadi milik rakyat
Malaysia seperti artis. Banyak orang ingin mengetahui tentang perkembangan
pelajarannya. Di mana dia sambung belajar dan pencapainya pengajian di
peringkat tinggi sering dijadikan topik perbualan, terutama apabila musim keputusan
SPM diumumkan.
Dia mengambil keputusan menyambung
pengajian dalam bidang fizik, ketika kebanyakan pelajar-pelajar terbaik menyambung
pengajian dalam bidang perubatan.
Itu adalah pilihannya. Sejak kecil dia memang minat bidang sains dan matematik.
Gemar menatap langit, mengkagumi bebintang, gemar mempersoalkan keajaiban alam.
Dia membuat keputusan ke Jordan, menjadi satu-satunya pelajar asing yang
menyambung dalam bidang fizik di negara Arab berkenaan.
Semester pertama di Jordan University of Science and Technology (JUST) adalah
tempoh yang sangat sukar. Di hujungnya, 2 minggu cuti semester dia pulang ke
tanah air dan kumpulkan kekuatan.
Sekembali semula ke JUST dengan semangat yang baharu, dia mencatat keputusan
cemerlang. Atas alasan berkenaan, bahawa dia masih meminati bidang fizik, hanya
kekangan tempatnya sahaja yang tidak kondusif untuk dia berkembang, dia mengutarakan
kepada pihak penaja bahawa dia mahu menukar tempat pengajian.
Penaja benarkan tanpa banyak soal. Lagi pula, memang lebih cocok seorang
'pelajar cemerlang kebanggaan negara' ke benua Eropah; UK misalnya. Atau USA
paling kurang.
Di Eropah, dia sekali berdepan masalah yang sukar untuk dijelaskan atau
difahami. Hanya dia sahaja memahaminya. Pun begitu, dia dapat bertahan dan
berjaya menyelesaikan A Level dengan semua mendapat A. Dengan keputusan
cemerlang itu, dia ke Nottingham untuk menyelesaikan ijazah dalam tempoh masa
tiga tahun dan sambung pengajian agama pula.
Tetapi enam bulan pertama, dia semakin tidak keruan. Ulang alik ke kuliah
seperti mesin tanpa perasaan, membuatkan dia bertanya pada diri sendiri, "Kau
ni hidup kenapa dan nak cari apa sebenarnya?"
Kali ini dia lebih banyak bertanya dan meluahkan perasaan kepada ahli keluarga
sahaja. Dia mendiamkan daripada media sosial dan tidak banyak berhubungan
dengan sesiapa.
Akhirnya, dia tidak menamatkan pengajian di
Nottingham. Kembali ke tanah air dia kemudian menyambung pengajian di
Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Pada tahun 2018 dia menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Ilmu Wahyu, Al-Quran
dan Sunnah di UIA. Tersenarai sebagai penerima Rector's List walaupun sepanjang
belajar di UIA, dia tidak pernah meletakkan sasaran mahu bergraduasi dengan
apa-apa pencapaian.
Dia cuma mahu meneguk sebanyak-banyak ilmu supaya dapat penuhkan “gelasnya”
yang sedang kosong.
Empat tahun di UIA Gombak- tahun pertama, ibunya meninggal dunia. Ibunya didiagnos
dengan COPD (Chronic Pulmonary Obstructive Disease) ketika dia baru pulang ke
tanah air.
Tentang dirinya lanjut, tidak banyak orang yang
mengetahuinya. Dia tidak pernah mengaku diri saya genius, atau menganggap diri
berintelektual tinggi berbanding orang lain. Dia cuma ada semangat untuk
belajar dan sedikit keberanian untuk menghadapi rintangan dalam perjalanan
mengenal kebenaran.
No comments:
Post a Comment