Jajahan Bachok menjadi lokasi pelancongan
terkenal di Kelantan. Pesisir pantai di jajahan Bachok bermula di sempadan
dengan jajahan di utara menganjur sehingga sempadan dengan jajahan Pasir Puteh
di selatan sememang terkenal dengan kecantikan yang menarik banyak pengunjung
datang beristirahat dan melakukan pelbagai aktiviti pantai.
Nama Pantai Senok, Pantai Kemayang, Pantai
Kemasin, Pantai Irama, Pantai Melawi dan berpuluh-puluh senarai pantai yang
diuruskan oleh swasta menarik kunjungan ramai.
Salah satu pantai yang semakin meningkat
nama ialah Pantai Kuala Rekang yang dihiasi dengan kecantikan deretan pokok
kelapa condong yang cukup memukau. Pokok kelapa memang sinonim dengan pantai.
Ditambah pula dengan hamparan pasir putih
halus menjadikan ia lebih menarik dan mempersonokan mata memandang. Kawasan
yang luas amat sesuai untuk aktiviti keluarga atau berkumpulan.
Untuk berkunjung ke Pantai Kuala Rekang
boleh mengunakan penunjuk arah Dataran Kubu Kuala Gel. Kedudukan Pantai Kuala
Rekang bersebelahan dengan Dataran Kubu Kuala Gel.
No comments:
Post a Comment