Saturday, 22 June 2024

DURIAN D10, DURIAN HIJAU

 
Durian D10 berasal darI Batu 13 Kajang, Selangor. Ia didaftarkan di Jabatan Pertanian pada tahun 1934. Dengan kata lain boleh dikatakan antara baka durian terawal didaftarkan di Malaya.
 
Durian D10 juga dikenali dengan nama durian hijau. Dinamakan atau dipanggil durian hijau kerana warna duri adalah hijau terang. Duri kasar, pendek, lebar dan tajam di hujungnya. Semua ciri adalah sama dengan D7, hanya beza pada duri D10 yang tajam.
 
Bentuk buah dari varieti ini seakan sama seperti durian D7, tetapi mempunyai duri lebih tajam. Tanda buah akan masak, kulit dari kehijauan akan jadi sedikit kekuningan. Durian D10 ini agak mudah dibuka atau dikopek.  
 
Isinya berwarna kuning dan keadaan isi nampak kering. Isi agak berserat. Rasanya lemak manis dan tiada rasa pahit. Durian D10 jenis boleh disimpan lama berbanding jenis durian lain.





No comments:

Post a Comment