Saturday, 22 June 2024

DURIAN D24 BUKIT MERAH

 
Durian D24 adalah salah satu klon yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian. Ia didaftarkan dengan Jabatan Pertanain pada 30 November 1937 dengan nama bukit merah kerana pokok asal yang didaftarkan terletak di Bukit Merah, Reservoir, Perak.
.
Saiz buah sederhana besar dan berbentuk bujur, Warna kulit hijau muda dan nipis. Durinya tajam, halus dan sama di sekeliling buah. Kulitnya agak sukar dikopek. Ia mempunyai isi yang tebal dan berwarna kuning. Mutu isinya sangat baik dengan rasa lemak, manis dan sedikit pahit.
 
Durian D24 juga dinenali dengan nama durian Sultan mudah untuk dikenal pasti dan ditemui. Ia berbentuk bulat, mempunyai duri yang lebih tirus dan tajam, dengan susunan duri-duri halus yang rapat di keliling tangkai. Di bahagian bawah buah ini terdapat bulatan berwarna coklat seperti serpihan dari bunga.
 
Berwarna kuning pucat, isinya mempunyai tekstur tebal dan lembut. Ia juga selalu dihidang dalam bufet durian. D24 mampu memberi kepuasan setanding durian premium jika anda pandai memilih.
 
Pokok durian D24 adalah rimbun dan mempunyai dahan yang banyak untuk menghasilkan bunga dan buah. Cantasan pembentukan sangat penting di peringkat awal penanaman.
 
Biji durian D24 berwarna coklat dan bersaiz sederhana. Bijinya padat dengan kadar ulas yang mengandungi biji penoh adalah sebanyak 80% dan ulas yang mengandungi biji tidak penoh 20%. Klon Durian D24 jarang mempunyai biji yang kesep.
 
Purata bilangan ulas dalam satu pangsa ada 4 Ulas. Bagaimana pun pokok durian D24 yang telah berumur melebihi 20 tahun kadang-kadang terdapat kejadian biji kesep dan bilangan biji yang agak berkurangan berbanding dengan pokok muda. Biji durian D24 boleh disemai untuk dijadikan 'root stock' bagi penyediaan anak benih cantuman.
 
Isi durian D24 merupakan aset utama klon ini dimana warnanya kuning yang sangat menarik. Susunan pangsanya tidak berkop dan padat serta menhgasilkan bau yang sederhana kuat. Saiz ulas dan empulurnya adalah sederhana. Isinya sederhana manis dengan terdapat rasa pahit yang juga sederhana tepapi mempunyai rasa lemak yang agak kuat.
 
Rasa manis, pahit dan lemak yang kuat ini merupakan satu keistimewaan khusus kepada pengemar-pengemar buah durian sebenar. Tekstur isinya adalah halus dengan kepadatan yang lembik serta aroma yang sederhana.
 
Kajian menunjukkan purata kadar beras isi atau ulas buah kepada berat keseluruhan buah adalah pada kadar 0.314. Ini bermakna kalau kita membeli sebiji durian D24 berharga RM 10.00 sebiji atau satu kilogram, kita cuma dapat makan ulas durian (Isi dan biji) sebanyak RM 3.14 sahaja...bakinya adalah berat kulit dan tangkai!


No comments:

Post a Comment