Thursday 11 July 2024

SEGAMAT DIGELAR DAERAH DURIAN

 

Daerah Segamat, Johor sememangnya sangat sinonim dengan durian. Sebut sahaja nama daerah ini pastinya rata-ratanya akan teringat tentang keenakan buah itu. Boleh dikatakan daerah Segamat ini sebagai ‘syurga durian’ setiap kali tibanya musim raja buah.
 
Segamat merupakan daerah pengeluar terbesar durian Johor dengan keluasan tanaman melebihi emapt ribu hektar.
 
Perkara menarik bila sahaja tiba musim durian, para penggemar durian boleh mendapatkan durian secara terus di kebun termasuk di gerai-gerai tepi jalan. Hal ini juga memberikan kebaikan kepada penduduk tempatan untuk menjana pendapatan tambahan.
 
Antara ‘tempat panas’ membeli durian termasuklah di Kampung Jawa dan yang paling popular adalah di Buloh Kasap. Dikatakan durian di Buloh Kasap ini menjadi tumpuan kerana buahnya di datangkan terus dari kebun dan kualitinya juga dikatakan berada dalam keadaan baik. Manakala di Kampung Jawa, berhampiran masjid kampung dikatakan menjual buah durian berkualiti tinggi dengan harga yang murah berbanding dengan tempat lain. 
 
Buah durian juga merupakan ikon kepada daerah Segamat, apabila menjadi daerah pertama yang tampil dengan identiti sendiri iaitu replika gergasi durian yang boleh didapati di Dataran Segamat dan juga di persimpangan lampu isyarat Taman Yayasan.

No comments:

Post a Comment