Thursday 11 July 2024

DURIAN D213 TUNGKU 3

 
Durian D213 dikenali dengan nama tungku 3, didaftarkan pada 28 Jan 2021 di Jabatan Pertanian oleh Mohd Ibrahim bin Mat Zain. Ia berasal dari Segamat, Johor, Dinamakan tungku 3 mengambil nama sempena kebun yang terletak di Jalan Tungku 3, Kampung Tengah, Segamat, Johor.

Buah bersaiz sederhana, berbentuk bulat melengkung sedikit pada bahu. Kulit berwarna hijau cerah. Mempunyai kulit sederhana tebal. Isi sangat tebal, berwarna kuning cair, rasanya manis, sedikit pahit, tekstur halus dan lembik.

No comments:

Post a Comment