Monday 1 July 2024

MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ POS TUEL

 
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Pos Tuel), Kampung Pos Tuel, Lojing, Gua Musang Kelantan menjadi nadi kepada aktiviti keagamaan di kalangan Orang Asli yang tinggal di Pos Tuel.
 
Penduduk di Pos Tuel adalah 100 peratus beragama Islam. Melalui aktiviti keagamaan yang disokong atau mendapat kerjasama pelbagai pihak, kefahaman Orang Asli di Pos Tuel mengenai Islam semakin mendalam.
 
Pembinaan masjid sejak lebih 10 tahun lalu memainkan peranan penting sebagai syiar Islam di perkampungan tersebut. Aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan mudah dilakukan di masjid yang selesa dan persekitaran yang luas itu.
 
Pihak luar yang berkunjung di perkampungan tersebut juga sering menjadi lokasi masjid untuk melakukan aktiviti yang memberi manfaat kepada penduduk. Masjid menjadi tempat terbaik untuk menyatu padu masyarakat dan membina silaturahim dengan pengunjung luar.

No comments:

Post a Comment