Kembara berjalan kaki (hiking) Bukit Liman,
Kuala Kangsar memang santai. Dengan ketinggian 520 meter dari paras laut dan jarak
hiking kira-kira tujuh kilometer naik turun, ia dianggap “berbaloi” untuk
aktiviti rutin kepada penggemar hiking.
Lokasi Bukit Liman hanya kira-kira 10
kilometer dari tol Kuala Kangsar menghala ke arah pekan Kati melalui Jalan
Raya Kuala Kangsar- Gerik. Trek permulaan terletak di belakang pusat peniagaan
makanan Liman Kati berhadapan MRSM Kuala Kangsar.
Laluan menuju puncak agak mudah kerana
tersedia laluan denai melalui kebun getah yang sebahagian besarnya berturap
simen dan sedikit laluan tanah. Di puncaknya terdapat ladang durian.
Jadi, ia memang santai dan sesuai dilakukan
oleh semua peringkat umur. Boleh mula kembara pada awal pagi jika ingin
menikmati pemandangan awan karpet.
Pemandangan dari puncak memang amat menarik.
Damai dan menarik melihat kawasan sekitar yang semakin membangun dengan persekitaran
alam masih menghijau.
No comments:
Post a Comment