Satu kaedah menangkap belut ialah dengan cara
pancing atau taut. Cara pancing belut tidak sama dengan pancing ikan biasa,
walaupun cara pancing biasa juga ada kemungkinan mendapat belut.
Cara pancing belut biasanya menggunakan mata pancing yang lebih besar. Ada juga membuat sendiri mata kail dengan lidi basikal yang dibengkokkan menjadi seperti mata pancing biasa. Batang lidi basikal lebih besar dan lebih mudah untuk menyangkut umpan.
Di tapak sawah yang hampir kering selepas musim menuai atau musim banjir, belut suka tinggal di dalam lubang. Di lubang yang ditemui itulah akan dipancing belut.
Terdapat teknik atau cara untuk memancing belut di dalam lubang. Ada petua atau cara yang dikongsikan oleh pemancing belut iaitu:
- Kenal pasti lubang yang dihuni belut.
- Lubang belut berbentuk bulat.
- Lubang ketam berbentuk
- Kena hati-hati lubang belut sama dengan lubang ular air.
- Cari lubang kecil dan berair di tepi parit besar.
- Guna batang padi atau kayu untuk kocakkan air di permukaan.
- Tunggu. Kalau ada pergerakan naik turun air, tanda ada belut di dalamnya.
- Hulur mata kail yang dicangkukkan umpan ke dalam lubang.
- Untuk dihulur jauh, guna batang besi yang mudah lentur.
- Goyang atau gerakan umpan.
-Umpan disukai belut ialah katak dan bahagian dalam ayam seperti perut dan hati.
- Lebih baik lagi jika ia sudah berbau busuk.
- Apabila belut mula memakan umpan dan masuk ke dalam sarangnya, tunggu sekejap.
- Kemudian sentap supaya mata kail tertancap di mulutnya.
- Belut biasanya akan menahan diri dengan memegang sarangnya yang dalam dan berbelit-belit menggunakan badannya.
- Waktu ini perlu menggunakan teknik ‘sorong-tarik’ tali bagi melemahkan belut berkenaan.
- Jika terlalu sukar untuk memaksanya keluar, jalan terakhir adalah terpaksa mengorek lubang belut berkenaan agar tidak terlucut daripada mata kail.
- Jika terlucut, belut biasanya akan menjadi culas untuk memakan umpan di lubang.
- Perlu mencari lubang lain dahulu buat beberapa ketika.
- Kemudian baharulah boleh kembali ke lubang yang sama.
No comments:
Post a Comment