Friday 29 December 2017

GURU KAFA BENTUK GENERASI JATI DIRI UNGGUL

Guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) adalah aset penting dalam membentuk generasi yang cintakam negara.

Peranan mereka adalah mendidik kanak-kanak pada peringkat awal untuk memastikan generasi masa depan negara mempunyai asas agama yang kukuh.

Asas agama amat penting kepada generasi muda dalam membentuk jati diri dan menjadi insan yang berguna kepada negara.

Guru-guru KAFA mempunyai peranan yang amat besar dan sebab itu mereka perlu memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak.

Tanpa asas agama yang kukuh mereka akan mudah terjebak dengan pelbagai pekara negatif yang akhirnya akan meruntuhkan negara.   

Menyedari kepentingan Guru KAFA dan sebagai tanda penghargaan kerajaan, guru yang pada peringkat awal program tersebut hanya menerima elaun mengikut kadar jam mengajar, tetapi kini diberikan mengikut bulanan.

Maksudnya, guru KAFA juga menerima elaun pada musim cuti sekolah, termasuk bulan Disember yang mana mereka tidak langsung mengajar pada bulan itu.

Kerajaan menyediakan peruntukan besar untuk melaksanakan KAFA dan satu bukti kerajaan tidak memisahkan soal kecemerlangan akademi dengan pembentukan sahsiah diri yang unggul.

Watikah perlantikan guru KAFA dibuat secara kontrek tahunan.

Sunday 24 December 2017

PERMAINAN DAHULU BENTUK HUBUNGAN MESRA

Indahnya permainan tradisional ini adalah kerana kita tidak boleh memainkannya seorang diri, kita perlukan sekumpulan orang untuk memainkannya.

Rumah dahulu letak jauh-jauh dan tidak ramai penduduk. Jadi, hendak main sesuatu permainan, kadang-kadang kena pergi kampung sebelah.

Tidak kisah berjalan kaki sampai satu kilometer semata-mata hendak cari geng hendak bermain. Kalau ada basikal buruk tu kira sudah bernasib baik.

Secara tidak langsung ini akan dapat mengeratkan lagi perhubungan di antara satu sama lain. Bukan sahaja di kalangan anak-anak tetapi juga ibu bapa.

Begitu unik masyarakat Melayu dahulu kerana dengan permainan sahaja ia dapat alat perpaduan masyarakat.

Jauh berbeza keadaan sekarang. Anak-anak dengan gajet masing-masing. Boleh main dalam rumah seorang diri. Ada yang berkurung dalam bilik dengan gajet.

Gajet sekarang semakin maju, tetapi pada masa sama mengubah kehidupan kepada anti sosial. Masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain, melainkan rakan di sekolah.

Maka wujudlah generasi yang bersifat bagaikan enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Friday 22 December 2017

BIAR KALAH BERMARUAH TIDAK MUDAH MENYERAH

Kalau kekalahan terpaksa dihadapi, biarlah kalah bermaruah. Maksudnya walaupun kita gagal, sebenarnya kita telah melakukan usaha yang terbaik. Tidak mudah menyerah kalah.

Gagal bukan bermakna kita gagal selamanya. Gagal itu mungkin menjadi ubat dan penawar yang mujarab untuk memberi rawatan buat rohani mahupun jasmani.

Gagal itu mengajar kita supaya lebih bersedia untuk mengharungi cabaran yang mendatang. Secara harusnya mungkin kegagalan itu rupakan ujian yang telah Allah berikan buat kita hamba-hamba yang disayangi-Nya.

Berusaha bukan dengan hanya 'kuat' berusaha. Kita kena bijak merancang untuk berjaya. Ada orang yang tidak bersedia untuk berjaya, menolak peluang yang ada.

Jadi jangan mudah mengalah sebelum penamatnya berakhir. Kegagalan itu memberi peluang untuk kita kembali bersedia untuk terus bertempur.

Atur strategi baru guna pengalaman kegagalan itu untuk menang dalam medam perperangan berikutnya.

Jangan malu untuk kalah. Sebaliknya malulah kerana tidak pernah berusaha. Kalah setelah berjuang adalah kalah yang bermaruah.

Terus berusaha memperbaiki diri dari sudut kelemahan kita. Tingkatkan semangat dan terus berjuang.

Teruskan usaha kerana Allah memberi pahala bukan berdasarkan kepada apa yang mampu kita capai. Allah tetap membalas pahala kebaikan kepada setiap usaha ke arah kebaikan dilakukan.

Kita berusaha untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Jika tiada kejayaan dicapai di dunia, Insya-Allah di akhirat nanti kejayaan akan dikecapi.

Jangan padamkan obor usaha. 

KESAN MENGGUNA KOSMETIK MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Pengguna kosmetik sentiasa 'terperangkap' menggunakan produk mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone dan tretinoin.

Jika mereka tidak mengetahui tentang kehadiran racun itu dan terus menggunakan produk itu, tentu sekali itu dikira 'nasib' dan tidak boleh dikata apa-apa lagi.

Masalahnya, ada pengguna yang sedia maklum mengenainya, tetapi masih terus menggunakan produk itu atas alasan ingin kelihatan cantik dan beranggapan orang lain pun guna juga produk itu.

Ada pengguna kosmetik sanggup berada di hadapan kipas semata-mata untuk menahan rasa panas dan menyedari keadaan itu adalah kesan racun yang terdapat dalam kosmetik yang digunakan.

Pengguna yang obses untuk cantik tidak kisah tentang bahaya bakal dialami. Apa yang penting dapat kelihatan cantik dengan cepat.

Selain tindakan pengguna, para penjual dan pengedar perlu memainkan peranan untuk mengelak pengguna terus menjadi mangsa produk kosmetik mengandungi racun.

Tanpa penjual dan pengedar, produk tersebut tidak akan sampai ke tangan pengguna. Maka sebab itu, dari segi undang-undang, penjual dan pengedar yang ingkar bakal dikenakan tindakan tegas.

Penjual diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan itu pula boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda hingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Kedua-dua bahan racun itu, yang sering digunakan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan, boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, pedih, menggelupas, dan hipersensitif.

Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV serta meningkatkan risiko kanser kulit.

Merkuri adalah bahan toksik yang perlu dielakkan sama sekali dalam apa juga produk kerana ia boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik itu dan kemudian memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Thursday 21 December 2017

AZOLLA JIMATKAN KOS MAKANAN TERNAKAN


Azolla adalah sejenis paku air, yang hidup terapung di atas permukaan air. Ianya bersimbiosis dengan sejenis algae biru-hijau iaitu anabaena azolllae yang hidup di dalam akar azolla.

Anabaena azolllae mampu mengikat nitrogen di dalam udara, menjadikan azolla kaya dengan nitrogen dan amat sesuai bagi baja tumbuhan.

Azolla dikesan di dalam beberapa kajian mengandungi kadar protin di antara 22% -  27% pada keringnya. Istilah kering pada azolla adalah cukup sekadar disejatkan di tempat redup dan di bawah kipas bagi mengurangkan kadar air sekurang-kurangnya 4 jam dan tidak lebih 48 jam.

Jika dikeringkan betul-betul, azolla akan menjadi abu. Protin ini boleh dinaikkan lagi sehingga 35% jika dibokashikan atau difermentasikan.

Kebanyakan dari kita membiakkan azolla adalah u
ntuk kegunaan sendiri bagi mengurangkan kos makanan ternakan terutamanya jenis unggas dan juga sebagai baja yg membekalkan nitrat kepada tanah.

Sebagai makanan ternakan, azolla diberikan dalam kadar 30% - 50% bagi mengurangkan kos makanan, seterusnya meningkatkan kadar keuntungan, tambahan daging atau telur unggas y
ang diberikan dengan azolla mempunyai rasa yg lebih enak.

Keuntungan menjadi bertambah kerana kos membiakkan azolla hampir 0 kos
. Pada permulaan mungkin ada sedikit kos, tetapi setelah beberapa masa, cuma kitarkan tinja ternakan sebagai baja. Jadi, tiada kos dalam baja

Sunday 17 December 2017

KETAHUI KHASIAT TOMATO

Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Khasiat dan kelebihan memakan tomato.
- Mengecilkan liang roma.
- Merawat jerawat.
- Membersihkan dan menyejukkan kulit serta badan.
- Meneutralkan permukaan kulit.
- Menawarkan radikal bebas.
- Kurangkan risiko kanser prostat, usus besar dan kulit.
- Mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi.
- Mengurangkan masalah sakit kepala.
- Memulih tenaga.
- Mengatasi masalah susah tidur.
- Merawat masalah sakit sendi.
- Membantu penghadaman.
- Mengurang masalah sakit otot.
- Pengawalan berat badan.
- Mengandungi lemak rrendah setia tiada kolesterol.
- Mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah.


Saturday 16 December 2017

KAMPUNG PENGKALAN PETAH TAWANG

 
Di Kelantan, nama Tok Bali terkenal sebagai pusat pendaratan ikan terbesar. Malah, nama ikan Tok Bali begitu sinonim dengan rakyat Kelantan sebagai tanda ia bekalan ikan segar.   
 
Namun tidak ramai yang sedar, selain Tok Bali, Pengkalan Petah juga adalah pusat pendaratan ikan utama di Kelantan. Pengkalan Petah terletak di mukim Tawang, Bachok. 
 
Sebenarnya, sebahagian besar bekalan ikan segar di Kota Bharu diambil dari pusat pendaratan ikan di Pengkalan Petah, kerana ia lebih dekat dari Kota Bharu. Jarak dari Kota Bharu kira-kira 15 km. 
 
Lokasi dijadikan tempat pendaratan ikan sekarang sebenarnya sebahagian daripada kawasan yang dicadangkan untuk membina pelabuhan komersial di Kelantan. 
 
Bagaimanapun, cadangan itu tidak diteruskan disebabkan tidak sesuai dari segi geografi dan pengaruh cuaca di mana kawasan itu mengalami kesan musim tengkujuh yang mungkin menganggu operasi pelabuhan. 
 
Pengkalan Petah sesuai dijadikan pusat pendaratan ikan kerana terdapatnya benteng pemencah ombak dan sungai yang didalamkan. Bot dan perahu nelayan, termasuk kapal nelayan laut dalam yang lebih besar dapat memasuki Sungai Kemasin dan seterusnya mendaratkan ikan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). 
 
Pusat pendaratan ikan di Pengkalan Petah memberi kemudahan kepada nelayan di jajahan Bachok dan Kota Bharu. Ia dapat mengurangkan kesesakan di pusat pendaratan ikan di Tok Bali dan Kuala Besar.  

Friday 8 December 2017

KULAT TAHUN TUMBUH SELEPAS HUJAN

Kulat atau cendawan tahun unik kerana dikatakan tumbuh hanya sekali setahun di satu-satu tempat. 

Menariknya, kulat tahun lazim didapati tumbuh jika pada musim panas (lebih tepat bukan pada musim hujan) berlaku hujan yang diikuti dengan guruh dan kilat. Hari selepas hujan itu akan panas atau tidak ada hujan selama tiga hari di sesuatu kawasan.

Kulat tahun juga dikenali kulat pusu atau kulat busut kerana ia tumbuh di kawasan busut yang terdapat anai-anai. Sebab itu dikatakan kulat tahun mempunyai hubung kait yang kuat dengan anai-anai.

Biarpun dikatakan tubuh setahun sekali, tidak bermakna kulat tahun hanya diperoleh setahun sekali dalam satu musim. Dikatakan tumbuh setahun sekali ialah di kawasan yang sama. 

Mungkin di tempat lain, kulat tahun tumbuh pada masa lain, asalkan di kawasan berkenaan berlaku hujan dan ada petir serta guruh.

Menariknya, kulat pusu itu akan tumbuh di tempat sama pada tahun hadapan jika kawasan itu tidak diusik atau tiada perubahan ketara di kawasan itu. Dan satu lagi, kawasan itu masih menjadi tempat tinggal anail-anai.

Agaknya peribahasa 'seperti cendawan tumbuh selepas hujan' merujuk kepada kulat pusu ini. Kewujudan kulat pusu di sesuatu kawasan mengubah pemandangan landskap kawasan berkenaan. Ia menjadi seakan 'kebun' kulat tahun.

Cendawan busut hanya bertahan dalam tempoh lima hari (5) sahaja. Kulat ini keluar dari permukaan tanah dengan mempunyai bahagian kepala dan badan pada peringkat awal sebelum mengembang. 

Semasa kudup belum kembang atau baru sahaja kembang merupakan tahap yang paling sesuai dipetik atau paling enak dimakan. Selepas lima hari jika cendawan ini tidak dikutip maka ia akan layu dan kelopaknya akan hancur dengan sendirinya.