Sunday 17 January 2021

BAHAYA ULAR TERLEKAT PUKAT

Memukat pastinya mengharapkan agar ikan yang terlekat pada pukat. Namun, pukat tidak mengenal mangsa. Apa-apa sahaja yang melalui mata pukat yang tidak terlepas disebabkan ukuran lebih besar dari mata pukat akan terlekat di situ.

Bagi penahan atau pemasang pukat, kehadiran selain dari ikan adalah sesuatu tidak diingini. Ia boleh merosakkan pukat atau perlu dilakukan sesuatu untuk membuangnya.

Kalau setakat daun dan ranting kayu yang lekat pada pukat, itu sudah perkara biasa. Masalahnya kalau yang melekat dan terperangkap pada pukat itu hidupan merbahaya seperti ular.

Kalau ular tidak berbisa seperti ular sawa, kes seumpama ini rasanya tidak berbahaya sangat. Ular sawa yang melekat pada pukat biasanya tidak lagi ganas kerana sudah terlekat. Lebih-bebih lagi telah lama terlekat di situ.

Namun, keadaan itu biasanya menyebabkan pukat menjadi rosak untuk melepaskannya.

Masalah besar kalau yang terlekat itu ular berbisa, contohnya ular tedung. Memang bahaya. Sebab itu, ada yang tinggalkan begitu sahaja sehingga ular itu mati atau dapat melepaskan diri dengan sendiri.

Kepada pemukat, berhati-hati agar tidak berdepan detik bahaya itu.

No comments:

Post a Comment