Tindakan mengimport bekalan telur ayam
bukan satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah kekurangan sumber
protein itu di negara ini.
Tindakan itu juga sebagai tidak masuk akal
memandangkan Malaysia adalah pengeksport bersih barangan makanan itu.
Malaysia adalah pengeksport telur ke 5
dunia selepas Belanda, Turki, Poland dan Amerika Syarikat dengan nilai USD
127.4 Juta. Kadar matawang semasa 1 USD bersamaan RM4.35, bermakna RM554.19 juta
atau lebih setengah billion.
Tahap Sasaran Sara Diri (SSL) bagi telur
ayam di Malaysia tahun 2021 adalah 116%, iaitu pengeluaran melebihi permintaan.
Malaysia sepatutnya berhenti mengeksport
telur ke Singapura dan Hong Kong jika bekalan dalam negara tidak mencukupi. Keperluan
rakyat tempatan perlu lebih diutamakan.
Telur mempunyai jangka hayat yang singkat
iaitu 21 hari dan tidak boleh dibekukan. Jadi, dari aspek logistik, ia perlu
diimport dari negara di rantau ini.
Harga telur paling rendah adalah di
Malaysia. Sedozen telur Gred C berharga RM4.92, tetapi di Thailand, ia
bersamaan dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei
(RM10.15) dan Vietnam (RM5.78).
Polisi eksport telur ke luar negara perlu
dikaji semula bagi memastikan bekalan telur dalam negara cukup dan harga tidak
terlampau tinggi.
No comments:
Post a Comment