Bukit Larut menjadi lokasi pilihan
pengunjung di Taiping untuk menikmati suasana suasana dan pemandangan menarik
dari puncak setinggi 1250 meter dari paras laut. Sebenarnya dengan ketinggian
melebihi 1250 meter telah melayakkan Bukit Larut dipanggil atau mendapat status
“gunung”.
Bukit Larut yang terletak 10 kilometer ke
barat daya dari Taiping yang tenang, dahulunya dikenali dengan nama Maxwell
Hill. Bukit Larut telah dijadikan kawasan pelancongan atau tempat penginapan
pegawai Inggeris sejak 1884. Bukit Larut adalah stesen bukit tertua di
Malaysia.
Suhu di Bukit Larut dianggap sejuk
berbanding tempat lain dengan ketinggian sama. Suhu di Bukit Larut sekitar 10°c-25°c
.
Hendak naik ke puncak Bukit Larut boleh
menggunakan perkhidmatan jip. Kalau yang “kuat” boleh hiking dengan jarak
kira-kira 13 kilometer. Hiking dengan santai dalam cuaca dingin dan
menyegarkan.
Perkhidmatan jip disediakan bermula di kaki
bukit. Ia bertolak setiap jam dari jam 0700 hingga 1800. Masa perjalanan sehala
kira-kira 30 minit. pagi. Pemandu jip sangat berpengalaman memandu dalam
keadaan jalan yang banyak belok patah. Oleh itu, bersiaplah jika anda mengalami
penyakit perjalanan.
Biarpun telah lama dibuka, Bukit Larut
hampir tidak berkembang seperti pusat peranginan tanah tinggi lain yang ada di
negara kita seperti Cameron atau Genting. Ia mengekalkan
lebih banyak suasana stesen bukit kolonial, dengan banglo sederhana, ramah,
kebun yang diusahakan dengan teliti, dan suasana tenang.
Di puncak, pengunjung berpeluang menikmati
pemandangan Pantai Barat Semenanjung yang menakjubkan. Pada hari yang cerah, boleh
melihat garis pantai yang membentang dari Pulau Pangkor ke Pulau Pinang.
Bukit Larut dipenuhi dengan dedaunan malar hijau, flora dan fauna yang berwarna-warni. Pengunjung dapat melihat banyak bunga mawar, dahlia, bunga aster, pansies, petunias, lupin dan marigold yang tumbuh segar. Bagi peminat burung, lokasi yang menjadi tumpuan di Bukit Larut ialah di Gunung Hijau.
No comments:
Post a Comment