Kekuatan
PAS terletak kepada penyokong yang taasub. Golongan ini percaya bahawa PAS itu
Islam dan Islam itu adalah PAS. Sebab itu, apa yang diucapkan oleh
pemimpin mereka dianggap fatwa yang mesti dipercayai dan dipatuhi.
Dari segi
bahasa, fatwa adalah keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah
diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain,
termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum
syarak).
Tetapi,
di kalangan penyokong PAS, apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka
adalah fatwa (perkataan fatwa yang diguna dalam penulisan ini yang dirujuk
kepada apa yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS tidak membawa erti fatwa yang
sebenar, melainkan sekadar menjelaskan maksud yang diguna dan dipegang oleh
penyokong PAS).
Justeru,
mereka tidak perlu lagi merujuk kepada sumber lain. Malah, jika ada pihak
menyanggah fatwa itu, akan dianggap sebagai menolak agama Islam, atau lebih
tepat lagi dikatakan kafir. Ulama di luar PAS dianggap tidak layak menjadi
golongan pewaris nabi.
Sebaliknya
PAS menggelarkan ulama UMNO dan kerajaan (era pemerinthan BN) sebagai ulama
terompah kayu, ulama syaitan, ulama bisu dan segala macam gelaran yang tidak
melambangkan kemuliaan. Ulama UMNO hanya layak membincangkan soal haid dan
nifas.
Inilah bahayanya parti politik disamakan dengan
agama. Penyokong yang tidak arif tentang hukum agama mudah tertipu dengan apa
yang disogokkan kepada mereka oleh pemimpin parti yang menggunakan ilmu agama
untuk kepentingan politik.

No comments:
Post a Comment