Waktu adalah anugerah Tuhan yang sangat berharga. Jika perhatian kita terpusat pada makanan, kita akan menghabiskan waktu untuk mencari tempat makan, menunggu makanan terhidang dan menikmati makanannya.
Demi untuk mendapatkan sebungkus nasi yang
telah tular, ada yang sanggup memandu berpuluh-puluh kilometer. Menempuh
kesesakan lalu lintas yang amat sangat. Apabila sudah sampai di restoran pula,
kena beratur untuk membeli sebungkus atau menunggu untuk mendapatkan meja
kosong.
Mengapa begitu sekali kita sanggup berkorban
demi mendapat makanan yang ditularkan, sedangkan belum tentu memenuhi selera
kita. Setiap orang ada selera masing-masing.
Itu tidak masuk lagi soal harga makanan
itu. Kebiasannya, harga yang perlu dibayar agak mahal berbanding di kedai lain.
Agar berbaloi menumpuh perjalanan jauh dan
menunggu lama, ditambah pula keinginan untuk makan sepuasnya, maka makanan yang
ditempah dalam kuantiti banyak. Apabila makan banyak, ia tentunya menyebabkan
rasa kenyang melebih apa yang sepatutnya untuk menghilangkan rasa lapar dan
meneruskan kehidupan.
Abu Sulayman Ad-Darni berkata, “Dalam
keadaan kenyang, dalam diri kita masuk enam penyakit, yaitu hilangnya kelazatan
munajat, berkurangnya kemampuan menyimpan hikmat, memudarnya empati pada
penderitan rakyat, tubuh akan terasa berat untuk melakukan ibadah, bertambahnya
gelora syahwat, dan ketika kaum Mukmin bolak-balik ke masjid, mereka
bolak-balik ke tandas.
Imam Ghazali berkata bahawa menahan lapar
mengandungi banyak manfaat. Antaranya mudah memperoleh kebersihan hati, menjadi
cerdas dan terbuka mata hatinya. Sebaliknya, apabila seseorang itu makan
kenyang, Ia akan malas dan cahaya hatinya akan hilang. Otaknya dikuasai sejenis
demam yang mempengaruhi hatinya. Fikirannya menjadi lemah. Bahkan jika seorang
kanak-kanak biasa makan kenyang, daya ingatnya akan menjadi lemah dan otaknya
akan tumpul.
Abu Sulaiman Darani berkata,
"Biasakanlah menahan lapar, kerana dengan menahan lapar, nafsumu akan
terkawal, hatimu menjadi lembut dan ilmu langit akan didapat.".
Syibli berkata, "Satu hari yang di
dalamnya aku menahan lapar semata-mata kerana Allah SWT, maka pada hari itu aku
memperoleh satu pintu iktibar dan hikmah terbuka dalam diriku.".
Inilah sebabnya mengapa Luqman Hakim
menasihati anaknya, "Wahai anakku, apabila perut seseorang itu penuh, maka
fikirannya akan tidur, hikmahnya menjadi bisu, dan anggota-anggota badannya
akan malas untuk beribadah.
Abu Yazid Al-Bustami berkata: "Lapar
adalah seperti awan. Apabila seseorang itu lapar, maka awan itu akan menurunkan
hujan hikmah ke dalam hatinya."
Keadaan lapar menjadikan hati menjadi
lembut dan mudah terpengaruh oleh zikir dan amal soleh lainnya. Terkadang,
seseorang itu berzikir, tetapi hatinya tidak dapat merasakan kemanisan. Zikir
tersebut tidak terkesan olehnya. Pada waktu hati dalam keadaan lembut, ia dapat
merasakan kelazatan berzikir, berdoa dan bermunajat.
Abu Sulaiman Darani berkata: "Aku
merasakan ibadahku yang paling lazat ketika perutku menyentuh pinggangku kerana
kelaparan yang amat sangat."
No comments:
Post a Comment